“Anjing Makhluk Allah Yang Perlu Kasih Sayang, Bukan Dihambat” Video Lelaki Berjubah Bagi Makan Anjing Tarik Perhatian

KUALA LUMPUR, 25 Jan — Berbuat baik sesama mahkluk merupakan amalan yang dituntut dalam mana-mana agama.

Perkara itu yang dipraktikkan seorang individu Muslim, yang tidak keberatan memberi makan kepada anjing terbiar di sekitar rumahnya.

Memuat naik foto sedang menjamu makanan kepada haiwan itu, hantaran Nizam Latuah Al Bugisie menjadi tular sehingga mendapat pujian ramai.

“Anjing juga makhluk Allah yang perlu kita berikan kasih sayang, bukan dihambat sampai mati tidak tentu pasal,” tulisnya di Facebook baru-baru ini.

Tinggal 4 ekor, asalnya semua ada 13 ekor. Tapi yang lain sudah kena racun & ada yg bagitau aku anjing tu kena pukul…

Posted by Nizam Latuah AL Bugisie on Rabu, 22 Januari 2020

“Empat ekor ini namanya Kipil, Kipul, Kipli dan Brutus. Manja, suka minta makan. Lepas tu memang jenis jaga rumah dan kebun. Kalau saya balik dari kelas agama mesti dia minta makan. Berbuat baiklah walaupun dengan haiwan.”

Dikongsi lebih 1,000 warga maya, gambar tersebut menunjukkan Nizam yang berkopiah putih dan berjubah hitam duduk mencangkung sambil melihat anjing-anjing sedang makan.

Kejadian dipercayai berlaku di Lahad Datu, Sabah, berdasarkan keterangan Facebooknya yang mendakwa dirinya bekerja di Jabatan Amal Malaysia negeri berkenaan.

Majoriti komentar memuji Nizam, termasuk ada yang mengatakan individu seperti beliau ditempatkan di kawasan khusus di syurga kelak.

Artikel Berkaitan   "Selalu Buat Goreng Pisang Tak Cukup Rangup, Ouhh Rupanya Ini Sukatan Tepung Yang Sebenar"