Anwar Ibrahim Minta Lim Guan Eng Tabah Hadapi Ujian, Percaya Kebenaran Akan Terpancar Juga Akhirnya

KUALA LUMPUR, 7 Ogos ― Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng kekal tabah selepas ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada semalam.

Anwar yang menyatakan sokongan kepada Guan Eng turut yakin bahawa kebenaran akan berpihak kepada Ahli Parlimen Bagan itu.

“Mendoakan untuk sahabat Lim Guan Eng. Moga urusannya dipermudah dan kebenaran akan terpacul. Solidariti,” katanya di media sosial.

Semalam, Guan Eng ditahan SPRM kira-kira jam 9.30 malam selepas memberi keterangan berhubung kes projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Guan Eng yang juga bekas Menteri Kewangan dan Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa di Mahkamah Khas Rasuah dekat Jalan Duta hari ini mengikut mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Guan Eng juga akan didakwa pada 10 Ogos di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   [VIDEO] Lelaki Ini Dedahkan Satu Cara Macam Mana Nak Bunuh Beribu Ekor Nyamuk Dalam Satu Masa