Apa Keunikan Durian Ini? Ciri-Ciri Durian Botak – D172 Yang Viral Di Media Sosial Baru-Baru Ini

Para pengguna media sosial terkejut dengan beberapa gambar durian tanpa duri tersebar dan dijualkan di Ladang Por Pala-U, Thailand.
Durian ini merupakan durian yang asli tetapi duri yang meliputi kulitnya telah dipotong bagi memudahkan pembeli membawanya.


Duri-duri ini dipotong dengan hanya menggunakan pisau selama lima minit.

Pemilik ladang durian ini, Siwakapon Rattanarungrueng, durian tanpa duri dijual di ladangnya sejak lima tahun lepas lagi.

Hal ini demikian, kebanyakkan para pembeli sukar untuk membawa durian yang penuh dengan duri.

Oleh itu, beliau akan memotong duri tersebut supaya mudah untuk dibawa kemana-mana sahaja. Kreatif juga, kan?

Sekalipun duri daripada kulit itu dibuang, tekstur dan rasa buah durian tidak langsung berubah malah kekal menyelerakan.

Disebabkan idea ini juga, durian daripada ladangnya terkenal dan mendapat permintaan yang tinggi.

Para netizen daripada Malaysia memberi pelbagai pandangan dan rata-rata memuji idea yang bernas dilakukan oleh mereka.

Terdapat juga seorang netizen beranggapan, perkara ini telah menghilangkan identiti durian kepada botak-an.

Pujian harus diberikan kepada pemilik ladang ini kerana mempunyai idea yang mampu meningkatkan jualan dan menyelesaikan masalah yang sering dibelenggu oleh penggemar buah durian – Era Baru

Sebenarnya dibawah ni adalah durian botak sebenar.. saksikan…

Durian botak berasal dari daerah Lombok, Nusa Tenggara Barat. Keunikan buah ini terletak pada buahnya yang tidak memiliki duri seperti buah durian pada umumnya sehingga dapat mempermudah memakannya.

Bentuk buahnya sekilas seperti tempurung kelapa, ukurannya sebesar buah melon dengan berat 800-900 gr. Buah matang mengeluarkan aroma khas durian. Ini memang durian, tapi tanpa duri! Rasa buahnya sedap dan manis dengan kandungan gula 14 -15 darjat brix.

Ketebalan isi buah 0.5 cm seperti isi buah durian tempatan pada umumnya dan berwarna kuning terang dengan produktif dapat mencapai 200 ke 400 kg/pohon/tahun. Tanaman ini mampu beradaptasi dengan baik di dataran rendah sampai sedang dengan ketinggian 250 ke 700 dpl.

Tanaman durian botak ini merupakan tanaman durian yang mengalami mutasi bentuk oleh alam sehingga duri-duri di seluruh kulitnya tidak ada.

D172, Durian Botak, Durian Gondol, Durian Tanpa Duri.
Durian Jenis Ini Mudah Diuruskan Kerana Tiada Duri. Mudah dibawa ke mana sahaja.
Warna Isi Adalah Kuning Cair.
Rasa Manis dan Berlemak.
Mempunyai Aroma Bau Yang Sederhana.
Jisim Purata 1Kg hingga 2.3 Kg.