Apa Nak Jadi Dengan Remaja Sekarang, Guru Menemui 7 Remaja Wanita 14 Tahun Dirogol Bergilir-Gilir 7 Pelajar Lelaki

TAWAU – Tujuh pelajar lelaki berusia 17 tahun direman selama tiga hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, kejadian dilapor berlaku semalam dan tujuh pelajar berkenaan turut ditahan pada hari yang sama.

“Disahkan ada kejadian rogol pelajar perempuan berumur 14 tahun semalam membabitkan tujuh pelajar daripada sekolah sama,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini hari ini.

Sementara itu, menurut sumber, dalam kejadian jam 11 pagi itu, seorang guru menemukan mangsa dalam keadaan separuh bogel di dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan.

Mangsa memberitahu dirogol dan laporan polis dibuat ibu mangsa berusia 40 tahun pada jam 3.30 petang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 375B/377A Kanun Keseksaan kerana merogol.- Bernama

Artikel Berkaitan   [VIDEO] Hanya Kerana Duit, Lelaki Ini Sanggup Melakukan Aksi Kurang Ajar Terhadap Bayi Yang Masih Kecil Berpampers