“Apa Salah Nenek Tu?” Entah Mengapa Seorang Warga Emas Diseret Dan Ditendang Seorang Pemuda, Polis Sahkan Laporan Ini

Yogyakarta: Seorang nenek diperlakukan kejam dengan diseret dan ditendang seorang pemuda di Pasar Potrojayan, Desa Madurejo, di sini, Isnin lalu.

Detik News melaporkan, kejadian itu mendapat perhatian umum selepas rakaman perbuatan kejam pemuda berkenaan terhadap Rubingah, 60, tersebar di media sosial.

Penularan rakaman berkenaan juga mendapat perhatian daripada polis yang kemudiannya segera menjalankan siasatan lanjut sebelum menahan lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Namun, sehingga kini, tidak dapat dipastikan motif pemuda terbabit bertindak sedemikian.

Bagaimanapun, warga emas itu kemudian dikatakan menghilangkan diri selama tiga hari sebelum pulang ke rumahnya di Dusun Kranggan.

Namun, tidak memaklumkan lebih lanjut ke mana dia berada dalam tempoh berkenaan.

Kejadian itu bagaimanapun membuka mata banyak pihak apabila mengetahui Rubingah hanya tinggal di sebuah pondok yang serba kekurangan dari segi fasiliti elektrik dan air.

Polis kini menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian dan lima saksi di lokasi sudah diambil keterangan.