“Apa Salah Saya. Saya Rasa Macam Nak Bunuh Diri Saja.” Aliff Syukri Tertekan Semua Sudut Kehidupannya Diserang Di Media Sosial

KUALA LUMPUR, 13 April — Usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri mengakui berasa tertekan dengan kritikan masyarakat di media sosial sehingga timbul rasa “bunuh diri”.

Penat menjadi Aliff Syukri Kamarulzaman, katanya hidupnya yang sering menjadi perhatian lebih banyak melibatkan perkara yang sedih berbanding gembira.

Paling memeritkan kata pengasas produk D’Herbs itu apabila wujudnya individu yang menjadi “musuh dalam selimut”.

“Semua gerak geri saya diperhatikan ada sahaja.

“Salah sikit akan viral, salah sikit akan keluar dekat YouTube. Saya juga adalah manusia biasa,” catatnya di Instagram.

“Apa salah saya. Saya rasa macam nak bunuh diri saja.”

Jutawan kontroversi itu baru-baru ini berdepan krisis rumahtangga dengan isteri Nur Shahida Mohd Rashid, namun masing-masing enggan mengesahkannya.

Selain dikritik kerana kelemahan vokalnya dalam lagu, Aliff pernah disiasat polis atas tuduhan kes mendera anak angkat perempuannya berusia dua tahun.

kredit projekmm

Artikel Berkaitan   Inilah Syafaat Anak Kecil Yg Meninggal Dunia Kepada Bapanya Di Akhirat Nanti...