Ashraf Muslim Disahkan Covid-19, Fizz Fairuz Titip Kata Semangat Buat

Semalam menerusi beberapa media tempatan telah melaporkan Ashraf Muslim disahkan positif Covid-19. Malah di laman Instagram milik pelakon ini juga ada dikongsikan satu video Ashraf Muslim dalam perjalanan ke Hospital Sungai Buloh dengan menaiki ambulans.

View this post on Instagram

Assalamualaikum…Tanggal 12hb April 2020 menjadi jawapan bagi AM ttg keputusan Sample covid19. Yer.. saya dijangkiti virus Covid19. Sewaktu itu walaupun sebak didada bila mendapat tahu jawapan tapi saya redha dgn pilihan Allah.. ada hikmah disebaliknya. Dtg perasaan nervous dan mcm2 perasaan timbul bila masuk dalam ambulance.. (itu yg sampai berpeluh2 tu). Maafkan saya ahli keluargaku, sahabat2 dan rakan-rakanku. Dan please tolong doakan yg baik utk saya dan pesakit-pesakit disini dan juga kita semua, semoga Allah jauhkn wabak ini dan tidak berterusan lagi serta sihatkan kita semua. Disini juga saya memohon maaf kepada rakan-rakan wartawan yg cuba menghubungi saya sebelum ini, yerlah..harap faham dgn situasi saya sekarang ni. Tak lupa juga pada frontliners doktor2, MA, nurse2 dan mereka yg terlibat , terima kasih u all are our hero.. and to mama, ibu , sarah, adam, anas dan safiyyah doakan ayah sungguh-sungguh supaya clear dr covid ni cepat yer.. supaya kita dapat jumpa ramai-ramai. Ayah rindu sangat.. tp jangan risau yer ayah ok kat sini sihat dan bole solat dan baca quran mcm biasa. Sama-sama kita berperasangka baik pada Allah.. hanya DIA yg berikan penyakit dan dari DIA jua yg memberikan kita kesembuhan.. Allahualam. Assalamualaikum wbt.

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Menerusi ruangan kapsyen, Ashraf Muslim berkongsikan pada 12 April lalu dia sudah mendapat keputusan sampel Covid-19 yang dilakukannya sebelum ini.

Tulisan dan video panjang yang dikongsikan oleh Ashraf Muslim ini meraih lebih 390 ribu tontonan dan rata-rata rakan selebriti dan orang ramai mendoakan kesembuhan buat pelakon ini.

Sementara itu, menerusi laman Instagram Fizz Fairuz turut titip kata semangat buat sahabatnya, Ashraf Muslim.

“Kita kawan dah lama Ashraf Muslim, aku faham perasaan ko… Insyaallah acap aku akan berdoa selalu untuk kau ok…” – Fizz Fairuzz

Video Fizz Fairuz titip kata semangat buat Ashraf Muslim yang berdurasi 3 minit 38 saat itu telah meraih 71 ribu tontonan dan ramai juga rakan selebriti turut meninggalkan komen memberikan kata semangat buat pelakon, Ashraf Muslim ini.

Malah rata-rata netizen juga turut mendoakannya dengan meninggalkan komen seperti berikut:

“Allahuakbar moga dipermudahkan segala urusannya”

“Aminnn YRA…moga abang Ashraf kuat”

“Didoakan agar sesiapa yang terkena sakit ni kuatkan semangat dan positif. InshaAllah akan boleh melawan sakit yang dihadapi”

Apa-apa pun didoakan semoga semua yang dijangkiti wabak ini diberikan kesembuhan dan dapat kembali ke pangkuan yang tersayang.

kredit HCL

Artikel Berkaitan   Selamba Buat Sek* Depan Orang Ramai, Pasangan Ini Ditahan, Paling Parah Ia Langsung Tidak Pedulikan Hingga Digari Polis