Ashraf Sinclair Meninggal Dunia Pagi Tadi.. Ini rupanya punca sebenar..

Pelakon dan juga usahawan terkenal yang bertapak di Indonesia, Ashraf Sinclair dilaporkan meninggal dunia pagi tadi.

Suami kepada penyanyi dan juga pelakon popular Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir akibat serangan jantung.

Ibu pelakon mengesahkan

Menerusi laporan Mstar, ibunya telah mengesahkan pemergian anaknya melalui aplikasi Whatsapp dengan memberitahu bahawa Ashraf disahkan sudah meninggal dunia.

Dia juga memberitahu dalam perjalanan ke Jakarta bagi bersama menantu serta cucunya disana.

Laporan mengenai pemergian pelakon tersebut akan menyusul selepas maklumat tepat diterima. Salam takziah diucapkan.

Artikel Berkaitan   “Saya bantu kata riak, tak bantu kata jahat” – Rupanya Aliff Syukri Dah Sumbang Puluhan Ribu Ringgit Atasi Covid-19