“Assalamualaikum. Kak Tolong Jaga Anak Ini. Saya Tidak Mampu Tolong Yek Kak.” Bayi Dijumpai Dengan Kain Batik

KUANTAN – “Assalamualaikum. Kak tolong jaga anak ini. Saya tidak mampu tolong yek kak.”

Demikian nota ringkas ditinggalkan bersama seorang bayi perempuan yang ditemui berbungkus sehelai kain batik di depan pagar sebuah rumah di Pandan Damai dekat sini ketika kejadian pukul 7.14 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, bayi malang yang masih bertali pusat itu dijumpai seorang lelaki berusia 30 tahun.

Beliau menambah, lelaki tersebut menyedari bungkusan kain batik itu ketika keluar dari rumah untuk mengambil beg sekolah anaknya yang tertinggal dalam kereta. – K! ONLINE