“Assalamualaikum!” Siapa Sangka 2 Dunia Yang Berbeza, Cristiano Ronaldo Dan Khabib Nurmagomedov Sahabat Karib. Ini Perkara Yang Mereka Kongsi Bersama

BOLA Sepak dan seni bela diri campuran (MMA) adalah dua sukan yang sangat berbeza. Namun kedua-dua mempunyai persamaan dari segi latihan dan usaha gigih untuk berjaya.

Mungkin ramai yang sudah tahu keakraban Superstar Juventus dan Portugal, Cristiano Ronaldo dengan jaguh MMA Khabib Nurmagomedov.

Kedua-dua atlet ini cukup popular di kalangan peminat sukan di seluruh dunia. Masing-masing mencipta nama dalam bidang sukan diceburi.

Dalam klip video berdurasi tiga minit 22 saat Ronaldo turut bergurau memberi salam kepada Khabib. Walaupun berlainan sukan kedua-duanya berkongsi minat sama. Mereka mengakui latihan dan kerja keras antara kunci untuk berjaya dalam bidang masing-masing.

Khabib dalam pada itu turut mempamerkan skil menimbang bola dan sesi latihan kedua-dua mereka berjaya menarik ratusan ribu warga net menyaksikan klip video berkenaan.