Asyik Buat Ayam Masak Kicap Je, Nah Try Resepi Ayam Kam Heong

  • 500 gm ayam
  •  4 tangkai cili padi – diketuk
  •  2 tangkai cili merah – dihiris
  •  2 labu bawang besar – dicincang
  •  4 ulas bawang putih – dicincang
  •  2 sudu makan rempah kari
  •  2 sudu makan cili sos cili
  •  2 sudu makan sos tomato
  •  2 sudu makan kicap
  •  2 sudu makan sos tiram
  •  5 helai daun kari
  •  Garam dan gula secukup rasa
  1. Gaulkan ayam bersama sedikit tepung jagung dan sedikit garam dan kemudian goreng hingga masak. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan putih hingga naik baunya.
  3. Kemudian masukkan serbuk rempah kari bersama sos cili, sos tomato, daun kari, kicap dan juga sos tiram. Kacau rata dan biarkan hingga kuah menjadi pekat. Tambahkan air jika perlu.
  4. Setelah itu, masukkan ayam bersama cili merah dan juga cili padi. Gaulkan ayam rata.
  5. Masukkan garam, gula.
  6. Siap untuk dihidang.
(Visited 3,079 times, 1 visits today)