Asyik Buat Puding Yang Biasa Je, Tambah Kiwi Je Dalam Puding, Siap Ni Haa Puding Kiwi Istimewa

  • 5 gm agar2 serbuk
  •  2 1/2 cawan air
  •  5 sudu besar gula (tambahkan jika suka lebih manis)
  •  1/2 tin susu cair
  •  2 biji kiwi (blend dgn 1/2 cawan air)
  •  sedikit pewarna hijau
  •  sedikit hirisan buah kiwi untuk hiasan
  1. Masukkan air, gula dan agar2 serbuk ke dalam periuk. Masak lah hingga mendidih.
  2. Masukkan susu cair dan kiwi yang diblend tadi serta pewarna hijau.
  3. Padamkan api.
  4. Kacau hingga sebati.
  5. Tuangkan ke dalam acuan yg dah dibasahkan dgn air.
  6. Bila puding dah sejuk, masukkan dalam peti ais.
  7. Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan dgn hirisan buah kiwi.