Atllet Renang Mati Mengejut Di Ruang Tamu, Ibunya Dedah Perkara Pelik Yang Berlaku 3 Hari Sebelum Kejadian

Seorang perenang remaja Sarawak ditemui mati di ruang tamu rumahnya di Tabuan Laru, Sarawak pada Khamis.

Ayrton Lim, 19, ditemui tidak sedarkan diri di dalam rumah oleh ibunya, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Umum Sarawak.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani mengesahkan kejadian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Menurut Ibu mangsa, Aryton mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu.

Malah, kira-kira 10 jam sebelum dia ditemui mati, Aryton Lim telah memuat naik satu IG Story melahirkan tanda penghargaan dan bersyukur atas kehidupan selama 19 tahun ini.

“It has been a wonderful 19 years, and i’m grateful if you’re part of it :)Thank you,” tulis Lim.

Meninjau laman sosial Twitter, rata-rata wargamaya turut bersedih dengan pemergian atlet berbakat besar itu.

Malah, mereka turut menyuarakan pendapat tentang masalah deprasi yang menjadi pembunuh dalam senyap dan memohon sesiapa yang dilanda kemurungan untuk meminta bantuan.

Lim pernah mewakili Sarawak dalam kejohanan renang SUKMA 2018 dan baru pulang daripada menjalani latihan di Singapura.

Sumber: Astro Awani

Artikel Berkaitan   Video Netizen Puji 2 “Abam” Polis Tahan Kanak-Kanak Mencari Rezeki Dan Beri Sedikit Wang Kepadanya