Atuk Nenek Pakat Sama-Sama Panggang Cucu 11 Bulan. Bila Ibu Bayi Datang Terkejut Tengok Anak Rentung Hitam

DALAM keadaan mabuk, sanggup panggang cucu berusia 11 bulan.

Insiden tragis itu berlaku apabila datuk dan nenek mangsa memasukkan bayi itu ke dalam ketuhar.

Mangsa, Maxim Sagalakov ditinggalkan ibunya Viktoria, 20 tahun untuk dijaga datuk dan nenek mereka di sebuah perkampungan di Kharoy, Khakassia, Rusia

“Sebaik sahaja pulang dan ingin mengambil anak kesayangannya, wanita itu terkejut apabila jasad anaknya di dalam ketuhar selain rentung.

“Datuk dan nenek Maxim pada waktu itu di bawah pengaruh alkohol dan dipercayai membunuh bayi malang tersebut,” kata kenyataan Jawatankuasa Siasatan Serantau yang menyiasat kes tersebut.

Menurut portal Dailymail.uk, bayi malang itu ditemui dalam keadaan tidak sempurna selain dibakar pada suhu tinggi di ketuhar.

Polis juga menahan datuk dan nenek mangsa yang berusia 42 serta 47 tahun ini bagi membantu siasatan. – Astro AWANI

Artikel Berkaitan   Kekadang Nampak Orang Tu Biasa Sahaja, Tapi Dia Bahagia, Kita Nak Kejar Kemewahan Tapi Banyak Kecewa, Rupanya Ini Sebabnya