Awas 7 Tanda Amaran Awal Tahap Kolestrol Anda Tinggi, Amalkan Petua Semulajadi Ini Turunkan Kolestrol Dengan Cepat!

7 Tanda Tahap Kolesterol Anda Tinggi, Jaga jaga!

Cuba tengok wajah sendiri ada tak bintik-bintik putih kecil yang timbul sekitar mata? Atau benjolan warna kuning pada hujung kelopak mata. Kalau ada jaga-jaga, kemungkinan besar tahap kolesterol anda tinggi.

Ini bahaya untuk kesihatan sebab kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan penyakit jantung dan serangan strok. Sekarang dua penyakit ini sudah dihidapi ramai golongan muda, dalam lingkungan usia 30-an pun sudah ada yang mengalaminya.

Tapi selain dari ciri yang disebutkan tadi, ada 6 lagi tanda yang menunjukkan tahap kolesterol anda tinggi. Kalau rasa simptom di bawah ini ada pada diri atau pun pasangan cepat cepatlah bawa berjumpa doktor untuk pemeriksaan sebelum terlambat.

1. Kaki sering berasa kebas – ia terjadi kerana darah bergumpal menyebabkan alirannya ke bahagian kaki tidak lancar.

2. Mudah letih dan cepat mengantuk – peningkatan kolesterol menyempitkan pembuluh darah dan mungkin juga menutupnya. Ini menyebabkan aliran darah yang membawa oksigen ke otak terhalang membuatkan kita cepat mengantuk.

3. Senak dada sebelah kiri – ini tanda pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat akibat kadar kolesterol terlampau tinggi. Bahaya ni!

4. Sering sakit kepala, rasa berat dan tegang di belakang leher – arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah
ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

5. Kaki membengkak – ini kerana pembuluh darah yang semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

6. Timbul bintik-bintik putih (biji lemak) – ia hadir pada bahagian bawah mata, kawasan wajah atau leher yang berpunca dari kadar trigliserida yang tinggi.

7. Tanda kuning muda pada tengah atau hujung kelopak mata – merupakan mendapan kolesterol, ada juga yang mengalami benjolan pada padat siku, tumit atau lutut.

Selalunya kolesterol tinggi ini dikaitkan dengan pemakanan yang berlemak. Sekiranya tanda-tanda dah mula dirasai jaga pemakanan dan agak malang kalau dah tahu petanda ni tapi diabaikan atau tak berjumpa doktor – Vanillakismis.my

Cara Turunkan Kolesterol Semulajadi Yang Boleh Diamalkan

Jus Lemon+Celery+ Halia.

Petua ini saya dapat daripada Chef Ammar masa menyaksikan rancangan memasaknya di TV Masak dari Hati Masak With Iman. Masa tu chef Ammar cakap, Halia dan Lemon adalah amalan orang Arab selepas memakan makanan yang tinggi kolesterol. Halia juga beberapa kali di sebutkan dalam Al Quran sebagai penawar. Lalu dengan tekunnya saya mulakan mencari dan hasilnya ternyata halia, lemon memang boleh menurunkan kolesterol dan banyak sudah kajian yang dijalankan menunjukkan ianya berjaya. Jadi saya selang selikan dengan jus lemon+halia+celery supaya Inche suami tidak lah muak. Yang bestnya bukan Inche suami je suka, saya pun suka juga hahahaha. Resipinya rujuk lah pic di bawah tuuu hehehehe. Pic dibuat khas untuk pembaca blog ini yang tersayam hahahaha. Boleh pelbagaikan resipi untuk menurunkan kolesterol secara semulajadi jika anda semua RAJIN seperti saya. Ingat ISTIQAMAH adalah kuncinya, bukan buat seminggu dua, lepas tu tengok bacaan kolesterol tak turun dah givap. Nommmmm nommmmm nommmmmm.

Alhamdulillah selepas dua bulan amalan meminum jus ini pada waktu pagi (kadang-kadang pagi dan malam) bacaan kolsrol Inche suami dah turun, bukan setakat turun sikit tapi banyakkkk turunnya. Syukurlah. Inche suami pun bukan main seronok lagi lepas doktor cakap ‘ohh your cholesterol level is normal now. Are you taking any medicine’?. Haaa jawapan rare from Inche suami ‘takde doc, cuma my wife rajin buatkan saya jus apple and celery setiap hari’. Fuhhhhh berbunga-bunga hati dengar kikiki. Siapa sangka kasih sayng dan cinta mengatasi segala kekangan masa yang ada. Siapa tak sayang sauami ooiiiiiii. Hahahahaha. Tanggungjawab yang digalas seorangisteri, yelah sapa suruh masak sedap-sedap kan sampai kolesterol suami naik kihkihkih – mummyfiras.blogspot.com