Ayam Berjaya Loloskan Diri Dari Sangkar Lori, Tanpa Disedari Ia Ditangkap Semula, Cara Tindakan Lelaki Ini Buat Netizen Terhibur

Sebagai pengguna jalan raya kita perlu sentiasa memberi sepenuh perhatian kepada pemanduan agar dapat mengelakkan kejadian-kejadian yang tidak diingini.

Selain itu juga, bersikap peka terhadap keadaan sekeliling juga dapat membantu pengguna jalan raya untuk bertindak dengan pantas apabila sesuatu situasi tidak dijangka berlaku di jalan raya.

Perkara ini digambarkan dengan jelas dalam rakaman dari sebuah kereta yang sempat merakamkan adegan lucu melibatkan sebuah kereta dengan lori ayam.

Dalam video yang dipercayai diambil di Panama, beberapa kenderaan dilihat sedang tersekat di dalam lalu lintas yang sesak termasuklah sebuah lori ayam.

The way he threw the chicken into the car is sending me 😭 pic.twitter.com/S0J5ccG5EH

🇧🇧 (@rahm3sh) August 18, 2020

Salah seekor ayam yang dibawa lori itu kemudian terlepas dan terbang turun ke jalan raya dari bahagian belakang lori tersebut.

Namun apa yang menimbulkan geli hati adalah apabila seorang individu dari kereta yang memandu di belakang lori berkenaan keluar dan serta merta menangkap ayam itu.

Dia kemudian mencampakkan ayam tersebut ke tempat duduk belakang keretanya melalui tingkap sebelum masuk ke dalam kereta.

Tindakan spontan individu tersebut untuk mengambil ayam itu membuat ramai terhibur, manakala ada juga yang simpati memikirkan nasib haiwan itu yang diibaratkan seperti keluar mulut harimau masuk mulut buaya.

kredit HCL

Artikel Berkaitan   Poligami Tanpa Izin, Didakwa Menghina Kesucian Islam, Kes Da’ie Farhan Bakal Diheret Ke Mahkamah