“Ayang Tak Tau Nak Mulakan Hidup Sekarang Macam Mana? Hidup Tanpa Abang Buat Selamanya. Berat Ujian Allah Berikan…”

Luluh hati seorang isteri apabila suami tercinta pergi buat selama-lamanya menghadap Ilahi. Tidak boleh dibayangkan hidup bersendirian untuk membesarkan anak hasil perkahwinan bersama.

Begitulah antara luahan seorang isteri melalui Facebook Amy Mastura berkenaan kisah hidupnya yang kehilangan suami akibat kemalangan jalan raya. Luahan hati Amy sungguh sebak apabila dibaca dan mendapat perhatian netizen.

Abang. Ayang rindukan abang. Rindu sangat abang. Rindu yang tiada penghujungnya. Rindu yang tiada noktahnya. Tahun 2019 adalah tahun yang berguguran airmata. Ayang rindu segala gelak ketawa abang. Telatah gurauan abang. Abang suka usik ayang, ayang rindu abang.

Malam terakhir kita keluar, sebelum kejadian esok pagi abang nak kemalangan, kita keluar pegi cari makan macam malam sebelumnya. Singgah beli burger kat Aakif, ingat lagi abang letak Aakif kat stereng kereta Axia, time tue Aakif takmau pegang stereng kereta sebab Aakif merajuk kena marah dengan papa dia, dan-dan abang tanya “Awat Aakif takmau pegang dah ka stereng kereta papa nie?”. Ayang tanya abang, abang nak makan burger apa? Abang cakap abang takmau makan apa, abang sakit dalam mulut.

Sampai balik rumah, ayang tengah buka burger nak makan kat meja makan, ayang tanya lagi abang, abang takmau ka makan burger sekali dengan ayang? Jom lah kita share, ayang pun makan bukan nak habis sangat. Abang jawab, abang takmau ayang. Makanlah burger tu. 10 minit kemudian abang mintak ayang bancuhkan air bandung dan mintak biskut. Ayang bancuh air tu bawak sekali dengan biskut terus letak kat abang. Time tu abang tengah baring main game. Ayang tak sangka tu kali terakhir ayang buatkan air bandung kat abang, air kegemaran abang.

Artikel Berkaitan   Microsoft Akan Tamatkan Perkhidmatan Window, Jutaan Pengguna Akan Terjejas Gara-Gara Isu Keselamatan

Abang beria-ria nak bawak Aakif pegi aman central, nak berjalan kot Aloq Setar hari Ahad tu. Tapi tak sangka hari Ahad tu tragedi abang kemalangan. Luluh hati ni abang. Bila dapat tau abang kemalangan, ayang on the way pegi tempat kejadian, time tu abang dah pegi hospital. Ayang tengok kereta Axia kita teruk sangat, ayang sangkakan kereta ja teruk abang cuma luka-luka ja. Hakikatnya tak abang, abang tengah bertarung nyawa kat zon kritikal.

Time tu abang tak sedar diri, pernafasan abang dua kali berhenti sayang. Luluh hati ayang abang, meraung. Menangis. Tak hirau dah orang sekeliling ayang. Ujian Allah bagi ni berat sangat abang.

Ayang tak tau nak mulakan hidup sekarang macam mana? Hidup tanpa abang buat selamanya. Berat abang ujian Allah berikan. Bagaikan mimpi. Sekelip mata saja hidup ayang berubah. Ayang rindu abang. Tenanglah abang kat sana. Tunggu ayang kat pintu syurga. Al-fatihah buat syurga cintaku.

Kredit: Amy MasturaOhbulan