“Babi Hutan Lagi Sedap Dari Babi ‘Pink’ Harga Babi Hutan Pun Lagi Mahal Dari Babi Biasa” Adam Corrie Buat Isterinya Tersentak

KUALA LUMPUR, 22 Jan — Perkongsian pelakon Adam Corrie Lee mengaku keenakan daging babi hutan serta harga yang lebih tinggi kepada isterinya mendapat perhatian pengikut media sosial.


Adam, 51, memuatkan tangkap layar Facebook isterinya, Fazima Fuad, bertanyakan tentang pengalaman memakan haiwan yang diharamkan Islam.

View this post on Instagram

Bidadari saya tanya .. saya jawab je la dengan jujur. Respon "erkk " sebab dia ingat babi pink yg lebih ramai suka makan tapi sebaliknya. . Sekarang ramai sudah rakan yang belum Islam tak makan daging babi atas kesedaran faktor kesihatan. . Dan alhamdulillah .. 4tahun sebelum saya syahadah / kembali kepada fitrah.. Saya sudah tiada rasa nak makan babi. . Rupanya Allah nak saya bersih sebelum kembali kepada fitrah. . Setiap kejadian yang Allah cipta bukan sia-sia. Allah jadikan babi itu ujian bagi umat Islam. Jangan kita pandang hina setiap kejadian tapi pandang ia satu ujian dan hikmah disebaliknya. . Saya cerita ni, jadikan ia satu ilmu pengetahuan. Ambil yang positif ye. Jika kita pandang negatif , negatiflah yang kita dapat. . "Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi." (Surah al-Baqarah: 173) . Senyum selalu Selalu bersangka baik InsyaAllah hati tenang . #adamcorrie #SayaBukanUstaz #JanganPanggilSayaUstaz

A post shared by Adam Corrie (@adamcorrielee) on

“Dulu masa sayang (Adam) belum Islam, sayang makan tak babi hutan?” tanya Fazima dipetik menerusi tangkap layar itu.

“Makan. Babi hutan lagi sedap dari babi ‘pink'(merah jambu). Harga babi hutan pun lagi mahal dari babi biasa,” balas pelakon filem KL Gangster.

Mendengar reaksi itu membuatkan Fazima terkejut dan sekadar menjawab “Erkk..ya ampun”.

Perbualan ringkas itu dinyatakan Fazima selepas beliau menonton siaran berita di televisyen melaporkan masalah babi hutan berkeliaran di kawasan kampung dan taman perumahan.

Jelas Adam Corrie, reaksi “Erkk” isterinya itu kerana beliau tidak menyangka babi hutan lebih digemari ramai dan lebih mahal berbanding jenis biasa.

“Alhamdulillah empat tahun sebelum saya syahadah atau kembali kepada fitrah, saya sudah tiada rasa nak makan babi,” kata Adam yang memeluk Islam pada 2007.

Tambahnya, Allah menjadikan babi sebagai ujian buat umat Islam dan perkongsian itu sekadar pengetahuan umum kerana menurutnya setiap ciptaan Allah tidak sia-sia.

Melihatkan reaksi pengikut Instagramnya, ramai merasakan ia kelakar malah mereka juga berkongsi pengalaman dan pendapat yang sama seperti Adam.

Antaranya, Sue Zainol dan Gina Mah mengakui kini sudah ramai orang bukan Islam yang tidak memakan daging babi kerana menyedari faktor kesihatan.

“Sekarang Cina pun tak mahu makan babi hutan. Suruh tangkap babi kat hutan sebelah rumah pun mereka tak mahu,” kata Sue Zainol.

“Saya memang tidak makan babi sebab tak suka,” jawab Gina Mah, membalas komen Sue Zainol itu.

Ada pengguna berpendapat, harga daging babi hutan lebih mahal kerana dikatakan sukar untuk memburunya.

“Sama juga macam ayam. Ayam hutan mahal woo,” kata Hafizul Sukri.

Perkongsian Adam disukai lebih 16,600 pengikutnya.