Baby Shima Jatuh Motor Sampai Berdarah, “Shooting” Terpaksa Ditangguhkan

Penyanyi Baby Shima mengalami kecderaan selepas terjatuh daripada atas motosikal yang diboncengnya sewaktu menjalani sebuah penggambaran di Puncak Alam, Selangor.

Menurut Shima, kejadian berlaku apabila dia gagal mengawal diri ketika cuba berdiri di atas motosikal.

“ Saya cuba-cuba berdiri di atas motor untuk satu babak aksi ini. Kemudian apabila motosikal itu menekan brek, saya terjatuh.

“ Disebabkan saya cuba menahan dengan tapak tangan terlebih dulu, itu yang bahagian tangan kiri saya cdera,” katanya ketika dihubungi Astro Gempak.

Menurut Shima, dia kemudian dibawa ke klinik berdekatan bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“ Penggambaran tersebut terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu dahulu.

“ Lepas tangan saya elok, baru sambung semula. Apapun, keadaan saya sekarang okay sahaja,” katanya.

Terdahulu, Shima menerusi satu entri di Instagram berkongsi sebuah video yang memaparkan keadaan tanggannya yang berlumuran drah selepas terjatuh daripada motosikal.

Bahkan, menerusi satu entri di Instagram Stories, Shima turut memohon maaf kepada pihak produksi kerana terpaksa menangguhkan proses penggambaran yang masih lagi berbaki.

Sedikit info mengenai Baby Shima

Nor Ashima binti Ramli atau lebih dikenali sebagai Baby Shima (lahir 20 September 1992) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.

Beliau merupakan salah seorang peserta D’Academy Asia (Musim 3) di Indonesia serta peserta Big Stage Musim 1 di Astro Ria.Beliau bernaung di di bawah syarikat rakaman Indonesia, Nagaswara

kredit kuala lumpur viral