Bagaimana Cara Untuk Menjaga Kucing Buat Kali Pertama?

Saya ambil keputusan bela kucing 3 bulan lepas. Tergerak hati nak bela sebab tengok mata kucing tu macam nampak universe sebenarnya. Tetiba time tu jugak tanpa plan apa, with zero knowledge, saya angkut bawak balik rumah weh. Pheww.

Dari situ, saya mula rajin buat research tentang kucing di pakcik Gugel. Lama-lama saya jadi terbiasa dan faham dengan karenah kucing.

Jadi, apa benda 1st nak buat kalau nak bela kucing nih?

Hantar kucing pergi vaksin di klinik haiwan berdekatan

Kucing saya umur 4 bulan masa tu, jadi saya terus ke Vet Chinta Qaseh Seremban 2 untuk suntikan vaksin.

Bulan pertama hantar, saya ambil pakej penuh berharga RM50. Dalam pakej ni ada:
– Suntikan Vaksin
– Ubat kutu
– Ubat cacing

Masa tu tak thu sangat, so saya ambil yang full pakej. Sebenarnya tak perlu pun ambil full pakej kalau nak berjimat, korang hanya perlu vaksin kan kucing dengan harga RM30.

Vaksin untuk pertama kali, kena buat 3 bulan berturut-turut. Lepastu repeat vaksin hanya setahun sekali. See? Mudah kan?

Ubat Kutu pulak, beli syampoo kutu kat petshop. Tapi syampoo kutu ni mandikan kucing sebulan sekali saja. Tak boleh selalu nanti kulit kucing kering. Bulu boleh gugur.

Ubat cacing pun beli kat petshop dengan harga RM4.50 untuk sebiji. Bagi kucing makan separuh biji sahaja sebulan.

Tapi sebelum tu, dapatkan nasihat dari doc vet atau owner petshop berapa banyak boleh bagi ubat cacing kat kucing korang. Sebab portion pil kena bahagi ikut pada berat kucing.

Penting ke Ubat Cacing ni? Yess, semestinya. Kalau tak..

Artikel Berkaitan   Tersebar Gambar Rumah Misteri, Ada Kereta BMW Tapi Terbiar, Ada Kata Mistik, Tapi Pemuda Ini Cerita Hal Sebenar

“Perut kucing korang akan nampak gemuk, lepastu kuat makan. Sebab cacing yang duk makan bukan dia. Kesian la kucing korang.”

Gunakan lah nasihat yang saya berikan ini jika anda berniat untuk jaga dan bela kucing.