“Bagus Juga Bila Ada Public Figure Dijangkiti Coronavirus”

Terlanjur kata ketika mengacarakan program Melodi tengah hari tadi, Janna Nick memohon maaf di atas kekilafannya itu. Difahamkan, Janna mengulas berita mengenai Puteri Aishah yang disahkan positif COVID-19.

Namun dia tersalah menggunakan perkataan sehingga menimbulkan rasa kurang senang netizen. Masih baru dalam dunia pengacaraan, Janna mengakui dia menggunakan perkataan yang kurang sesuai sehingga penonton tersalah tafsir apa yang cuba disampaikan.

 

“Bagus juga sebenarnya apabila ada dalam kalangan public figure dijangkiti koronavirus ni.

“Bagus?,” sampuk Awal.

“Bukan bagus…maksudnya dia boleh beri kesedaran macam mana keadaan di dalam hospital,” kata Janna ketika bersiaran langsung.

Janna berkata, apa yang dimasksudkan olehnya adalah apabila ada dikalangan public figure terkena COVID-19, penonton dapat tahu keadaan sebenar dan dalam masa sama dapat memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Minta maaf, saya orang baru dalam pengacaraan. Ayat yang patut diubah adalah perkataan ‘bagus’ itu.

“Sepatutnya (guna perkataan) ‘sekurang-kurangnya’ apabila ada public figure terkena COVID-19 supaya penonton dapat tahu keadaan sebenar dan dapat create awareness bahaya virus ini. Saya minta maaf sangat-sangat salah guna perkataan,” katanya.

Dalam pada itu, di akhir rancangan program tersebut, Janna sekali lagi memohon maaf di atas ketelanjurannya itu. Malah, Awal Ashaari selaku pengacara program itu berkata dia memahami maksud yang cuba disampaikan oleh Janna itu.

“Dia salah pentafsiran, kalau kita membawang sesama kita, saya faham! Tapi maksud Janna orang yang kena Covid boleh kongsi pengalaman supaya kita tahu betapa serius dan bahayanya wabak ini.

“Itu maksudnya. Janna pun dah minta maaf, bolehlah drop topik ini,” kata Awal.

 

Artikel Berkaitan   Ahli Parlimen Umno Tajuddin Tidak Puas Hati, Kabinet Umno Dalam Kerajaan Sikit

Sumber : Rotikaya