Bahaya Kentang Hijau! – Jangan Sesekali Makan, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Tahu!

Kentang adalah makanan ruji bagi negara Barat. Di Malaysia, kentang biasa digunakan di dalam masakan.


Terdapat satu fakta yang mengejutkan. Kentang berwarna hijau adalah beracun!

Warna hijau itu adalah tanda kehadiran klorofil pada ubi kentang. Kehadiran klorofil menunjukkan adanya kandungan solanin pada ubi tersebut.

Solanin adalah racun saraf yang dihasilkan oleh bahagian hijau kentang seperti batang, daun dan mana-mana bahagian di pokok kentang. Solanin berfungsi sebagai satu mekanisme pertahanan oleh pokok kentang bagi melawan penyakit, serangga dan pemangsa. Daun dan batang kentang secara semulajadi kaya dengan racun glialkaloid. Bermakna mana-mana bahagian hijau kentang perlu dielakkan.

Solanin terbentuk di ubi kentang apabila ubi yang dituai tidak dicabut dengan betul dari pokoknya. Solanin mengganggu kebolehan badan untuk menggunakan bahan-bahan kimia yang membantu pergerakan saraf.

Jika termakan dengan banyak, pesakit akan muntah, cirit-birit, pening kepala dan lagi teruk lumpuh.

Walaupun begitu, usah risau jika anda termakan ubi kentang hijau. Kandungan solanin pada satu atau biji kentang yang kita termakan tidak memudaratkan. Orang dewasa memerlukan 2-5 kg kentang berwarna hijau untuk mengalami simtom yang dinyatakan di atas.

Oleh itu jangan terlalu risau jika ternampak ubi kentang berwarna hijau, tetapi buang mana-mana bahagian berwarna hijau sebelum memasaknya. Berhati-hati agar tidak diberikan kepada kanak-kanak kerana saiz badan mereka yang kecil memudahkan mereka terkena racun solanin.

Sumber: Kebun Bandar