“Bakpo La Jadi Gini?” Bomba Bertungkus Lumus Memotong Gear Daripada Kemaluan Seorang Lelaki

PASUKAN Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai mengambil masa kira-kira 20 minit mengeluarkan gigi gear yang tersekat pada kemaluan seorang lelaki di Sungai Durian, Kuala Krai, hari ini.

Ketua BBP Kuala Krai, Muhammad Rizwan Ar-Rafee Parsimin berkata, terdahulu mangsa berusia 34 tahun datang sendiri ke BBP Sungai Durian pada 3.14 petang.

Beliau berkata, susulan itu, seramai tiga pegawai dan lima anggota dari BBP Kuala Krai bergegas ke lokasi kejadian untuk menghulurkan bantuan.

“Mangsa kemudian dibawa menggunakan jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) bomba ke Hospital Kuala Krai.

“Di hospital, dengan kerjasama pihak hospital, kami berjaya mengeluarkan gear dari kemaluan mangsa dengan alat pemotong khas dalam tempoh 20 minit,” katanya.

Beliau berkata, mangsa tidak cedera dan dibenarkan pulang.