“Baliklah Mama,” Hilang Lepas Pergi Kelas Mengaji, Anak Merayu Orang Ramai Cari Ibu

Seorang wanita meminta bantuan orang ramai untuk mengesan ibunya yang hilang sejak 8 pagi semalam.

Menurut anaknya semasa dihubungi, ibunya hilang sejak keluar dari rumah untuk pergi mengaji di Kulim, Kedah.

Menerusi laman Twitter anak perempuan, memohon agar orang ramai menghubungi mereka di talian;

0186636881(alia)
0125825134(wani)
0175900819 (ira)

“Mama balik lah mama”
Menurut anak mangsa, mereka risau dan sedih apabila memikirkan tahap kesihatan ibu mereka yang tidak mengizinkan itu.

 

Mangsa yang hilang bernama Aziah binti Hamid yang menetap di Taman Kempas Merah, Kulim.

Menurut anaknya lagi, semasa ibunya keluarga dari rumah, mangsa tidak membawa apa-apa kad identiti diri serta telefon bimbit. Ibu mereka hanya pergi dengan beg yang berisi naskah untuk mengaji sahaja di kawasan taman tersebut.

Sehingga hari ini masih belum ada khabar tentang kehilangan wanita ini.

Sumber: Puteri Aida

Artikel Berkaitan   “Dia Memang Tak Ingat Akhirat ”Hancur Hati Suami Bila Merakam Video Istri Sedang Bersama Lelaki Lain Dalam Kereta