Bantuan Sara Hidup 2019: Kemaskini Permohonan Sekarang & Syarat Kelayakan Bantuan Kerajaan (BSH) 

Bantuan Sara Hidup 2019: Kemaskini Permohonan & Syarat Kelayakan Bantuan Kerajaan


Ingin memohon Bantuan Sara Hidup 2019?

Pastikan anda baca artikel ini sampai habis.

Berikut kami kongsikan maklumat penting bagaimana untuk memohon BSH 2019 dan juga apakah syarat-syarat kelayakan termasuk cara kemaskini permohonan sedia ada.

Kemaskini: Kepada penerima BR1M 2018, anda perlu semak semula status permohonan kerana tidak semua penerima BRIM layak menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat.


Terbaru di portal rasmi BSH terdapat tiga kemaskini yang anda perlu tahu iaitu:

Tarikh akhir penunaian BSH 2018 dilanjutkan sehingga 14 Disember 2018. Penunaian boleh dibuat di mana-mana Cawangan BSN.

Tempoh kemas kini waris BSH 2018 di LHDNM adalah sehingga 15 Januari 2019. Manakala tarikh akhir tuntutan Skim Khairat Kematian (SKK) BSH 2018 di mana-mana Cawangan BSN adalah sehingga 31 Januari 2019.

Pendaftaran permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dibuka mulai Januari 2019. Pemakluman rasmi mengenai tarikh pendaftaran akan dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia dalam tempoh terdekat.

BSH AKAN MULA DIAGIH SELEPAS TAHUN BARU CINA

Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah akan mula diagihkan selepas sambutan Tahun Baharu Cina 2019.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata kerajaan sedang mengumpul data bagi penerima yang layak.

Umum sedia maklum BSH diperkenalkan pada 30 Mei lalu oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir sebagai insentif bantuan kerajaan bagi menggantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM).

Pemberian pertama telah dilakukan pada 6 Jun lalu manakala pemberian seterusnya adalah pada 15 Ogos lepas — pembayaran dibuat lebih awal bagi meringankan beban rakyat menjelang perayaan Aidiladha.

Penerima yang layak menerima BR1M tahun ini secara automatik layak menerima Bantuan Sara Hidup.

Lebih 4 juta orang penerima telah menikmati pemberian BSH yang pertama pada 6 Jun lalu.

Permohonan baru akan dibuka tidak lama lagi. Namun pemegang Kad Debit Diskaun Siswa TIDAK LAYAK memohon bantuan ini.

Selain itu, turut diumumkan bantuan khas Aidilfitri sebanyak RM400 kepada penjawat awam gred 41 dan ke bawah dan RM200 kepada semua pesara kerajaan.

KEMASKINI BELANJAWAN 2019

Terkini dalam pembentangan Belanjawan 2019 tadi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan akan meneruskan dan menambah baik Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah dengan menyalurkan peruntukan secara lebih bersasar.

Kadar BSH yang ditentukan bagi golongan isu rumah berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah ialah RM1,000.

Manakala bagi isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM2,001 hingga RM3,000 ke bawah pula akan menerima bantuan berjumlah RM750.

Isi rumah berpendapatan bulanan daripada RM3,001 hingga RM4,000 akan diberikan bantuan bernilai RM500.

Berita baik — Kadar tambahan BSH sebanyak RM120 untuk setiap anak berumur 18 tahun ke bawah juga disediakan, namun terhad kepada empat orang.

Kerajaan bagaimanapun tidak menetapkan had umur dalam menyalurkan bantuan tambahan BSH kepada anak orang kelainan upaya (OKU).

“Dengan kata lain, bagi golongan isi rumah dengan pendapatan RM2,000 ke bawah dan mempunyai empat orang anak, bantuan yang akan diterima secara keseluruhan ialah RM1,480.

“Jumlah ini lebih tinggi daripada Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diberikan kerajaan terdahulu, iaitu hanya RM1,200,” katanya.

INSURANS PERUBATAN RM50 SEHARI
Turut diumumkan pemberian insurans perubatan RM50 sehari kepada golongan B40.

Kerajaan akan menyemak senarai penerima Bantuan Sara Hidup 2019 untuk menentukan siapa yang layak menerima bantuan insurans tersebut.

Ini adalah satu kemudahan dan bantuan kepada golongan B40 yang akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2019 dengan dikendalikan Bank Negara.

Menteri Kewangan telah memaklumkan kepada BNM supaya menyediakan sistem permohonan secara atas talian sahaja bagi memudahkan rakyat untuk mengisi borang online.

BANTUAN SARA HIDUP GANTI BR1M
Berikut ulang siar pengumuman pemansuhan BR1M serta merta dan digantikan dengan skim BSHR.

Kabinet bersetuju untuk meneruskan pemberian bantuan kewangan kepada golongan sasar.

Namun bantuan tersebut tidak lagi dikenali dengan nama Bantuan Rakyat 1Malaysia.

Ianya diganti kepada Bantuan Sara Hidup (BSH) yang baru diperkenalkan kerajaan Pakatan Harapan.

KATEGORI BSH
Sama seperti BR1M, BSH terbahagi kepada tiga kategori penerima iaitu:

Kategori 1 — Individu berpendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
Kategori 2 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,001 – RM4,000.
Kategori 3 — Isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah.
Semua pemohon wajib memohon mengikut kategori masing-masing sahaja.

LHDN akan membuat semakan data yang diisi dengan jabatan-jabatan seperti JPN dan sebagainya supaya dapat pengesahan data. Sekiranya didapati pemohon cuba menipu, permohonan BSH anda akan digagalkan serta-merta.

TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN SARA HIDUP RAKYAT
BSH akan diagihkan kepada 4.1 juta penerima bermula 6 Jun nanti melibatkan peruntukkan sebanyak RM1.6 bilion.

Bantuan tersebut akan dikreditkan terus ke akaun penerima pada tarikh tersebut.

Kepada yang tidak mempunyai akaun bank, pihak berkenaan akan menghantar surat baucar kelulusan yang boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional berdekatan anda.

Selain itu, antara bank lain yang turut sama terlibat dalam proses pembayaran BSH ialah:

AFFIN BANK
AGRO BANK
ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD
AM BANK BERHAD
AL RAJHI BANK
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
BANK RAKYAT
MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
BANK SIMPANAN NASIONAL
CIMB BANK BERHAD
CITIBANK BERHAD
HONG LEONG BANK
HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD
MAYBANK
OCBC BANK
PUBLIC BANK BERHAD
RHB BANK BERHAD
STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD
UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Pemberian selanjutnya adalah pada bulan Ogos 2018 nanti melibatkan kategori 2 & 3 sahaja di mana masing-masing akan menerima bantuan RM300 & RM400.

Untuk maklumat lanjut boleh baca di blog rasmi https://bantuansarahidup.com/

SEMAKAN STATUS PERMOHONAN

Bagi anda yang telah memohon dan masih belum mendapat status kelulusan, anda boleh ke portal terbaru BSH di https://bsh.hasil.gov.my/

Atau boleh terus ke pejabat Sekretariat MOF di alamat:

Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), Presint 2, 62592 Putrajaya

Anda juga boleh terus hubungi talian 1800-88-2716 atau emel ke BR1M@treasury.gov.my

Baca: Senarai Bantuan Kerajaan 2018

KEMASKINI BSH 2019

Jika permohonan pertama anda gagal, anda masih berpeluang untuk memohon rayuan semula. Setiap penerima Bantuan Sara Hidup perlu mengemaskini beberapa maklumat peribadi sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tiga (3) tahun. Antara maklumat yang perlu dikemaskini antaranya:
Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
Alamat surat menyurat terkini dan emel
Nombor telefon bimbit dan rumah
Maklumat akaun bank
Maklumat pasangan dan tanggungan
Maklumat waris
Pengemaskinian ini penting supaya permohonan anda diterima semula bagi pemberian BSH yang akan datang. Untuk kemaskini BSH 2018 secara online, ikuti langkah-langkah di bawah:
Layari portal eBR1M
Klik pada bahagian KEMASKINI PERMOHONAN
Sila masukkan No. MyKad
Klik Kemaskini Permohonan
Jawab 2 soalan keselamatan yang tertera
Untuk maklumat lanjut tentang cara kemaskini permohonan Bantuan Sara Hidup, sila rujuk di portal bantuansarahidup.com.
Selain pengumuman di atas, Perdana Menteri turut mengumumkan beberapa perkara berikut:

Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan mulai 1 September 2018.
Laluan MRT3 tidak diteruskan.
Harga diesel dan RON95 dikekalkan, RON97 diapung ikut pasaran.
Diskaun tol 50 peratus untuk semua lebuhraya dua hari sebelum Aidilfitri.
Jemaah Menteri setuju batal HSR, tertakluk perbincangan dengan Singapura kerana implikasi kewangan yang tinggi.
Majlis Penasihat Pertanian ditubuhkan kerajaan.
Tabung Harapan Malaysia akan diwujudkan untuk terima bantuan rakyat membayar hutang negara. Derma daripada orang ramai ini akan diserahkan kepada Kementerian Kewangan.
Biro Tata Negara (BTN) sedang dikaji.
Skim Kawalan Harga sempena Hari Raya akan dilaksanakan.
Kedudukan kewangan Malaysia perlu diurus berhati-hati untuk kurangkan kos pentadbiran Negara.
Sayangi Malaysiaku – Tema Hari Kebangsaan.
Program PERMATA dipindahkan dari Jabatan Perdana Menteri ke Kementerian Pendidikan.
Projek ECRL belum batal, masih dalam kajian.
Kami akan kemaskini bagaimana caranya untuk membuat permohonan baru Bantuan Sara Hidup 2019/2020 nanti.

Sebarang maklumat lanjut akan dikemaskini di Facebook rasmi Semakan Online atau layari laman web rasmi Lembaga Hasil Dalam Negeri di https://bsh.hasil.gov.my/

Cara Kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019 Secara Online

Bagaimana nak kemaskini Bantuan Sara Hidup 2019?

Ramai penerima BR1M masih keliru adakah mereka secara automatik layak menerima BSH tahun depan.

Mengikut laporan media, pemberian Bantuan Sara Hidup Rakyat bakal diperketat supaya hanya yang betul-betul layak sahaja akan terima bantuan kerajaan ini.

Berikut maklumat yang kami terima dari portal rasmi bantuansarahidup.com

KEMASKINI BANTUAN SARA HIDUP 2019

Bagi penerima yang belum tahu status rasmi permohonan BSH, anda boleh semak di portal rasmi bsh.hasil.gov.my

Hanya permohonan yang GAGAL layak membuat rayuan semula dalam tempoh yang ditetapkan oleh pihak LHDNM.

Sama seperti BRIM, ada beberapa perkara yang perlu anda kemaskini, antaranya:

Status perkahwinan termasuk kahwin, cerai atau kematian pasangan
Alamat surat menyurat terkini dan emel
Nombor telefon bimbit dan rumah
Maklumat akaun bank
Maklumat pasangan dan tanggungan
Maklumat waris
Segala maklumat ini hendaklah sahih dan terkini. Sekiranya didapati anda menipu, permohonan anda akan ditolak serta-merta!

Dan nama anda mungkin disenarai hitam daripada menerima Bantuan Sara Hidup.

CARA KEMASKINI
Untuk kemaskini permohonan anda, sila ikuti beberapa langkah mudah di bawah:

Layari portal eBR1M
Klik pada bahagian KEMASKINI PERMOHONAN
Sila masukkan No. MyKad
Klik Kemaskini Permohonan
Jawab 2 soalan keselamatan yang tertera
Pastikan anda menjawab soalan dengan betul.

Sekiranya salah tiga kali berturut-turut akaun anda akan disekat.

Jika ini berlaku, anda perlu pergi ke mana-mana cawangan LHDN untuk aktifkan semula akaun.

Jangan lupa kemaskini maklumat bahagian B sekiranya terdapat penambahan ahli keluarga baru (anak, isteri, etc) mengikut tanggungan anda.

Dan kemaskini juga maklumat pendapat mengikut penyata gaji terkini anda.

Pastikan maklumat waris juga diisi dengan betul. Ini supaya tiada masalah ke depan terutama apabila hendak menuntut skim khairat kematian andai penerima BSH meninggal dunia.

Memandangkan permohonan baru belum dibuka, kami akan kemaskini artikel ini dari semasa ke semasa sebaik pengumuman dibuat oleh LHDNM.

Buat masa sekarang pastikan anda boleh mohon beberapa bantuan kerajaan yang dibuka untuk permohonan seperti berikut:

Rumah Mesra Rakyat SPNB
Rumah Mampu Milik
Skim MyDeposit

Sumber: Semakanonline.com