“Banyak sangat minum air suam ni” – Menteri Kesihatan Dikecam Lagi Lepas Dakwa Bercakap Dengan 500 Negara

Selepas mendakwa minum air suam boleh membantu menghilangkan virus dalam badan, dalam satu temu bual langsung di televisyen bulan lalu — Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba mendapat kritikan pedas bukan saja dari netizen, malah dari beberapa pakar perubatan juga.

Kenyataan itu umpama mengundang padah, apabila netizen turut menggelar beliau sebagai Menteri Air Suam.

Kali ini, timbul satu lagi kontroversi apabila video perbualan antara Dr. Adham dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjadi tular merata-rata di media sosial.

Apa yang menimbulkan persoalan, adalah apabila Dr. Adham sendiri secara terang-terangan mengaku telah membuat video conference dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, melibatkan 500 buah negara!

Dakwaan beliau itu secara tidak langsung menimbulkan kehairanan netizen, dari mana datangnya baki lagi 305 buah negara — jika keseluruhan negara yang ada di dunia ketika ini, hanyalah berjumlah 195 sahaja?

Maka netizen membantu menyenaraikan beberapa ‘negara’ yang mungkin pernah kita dengar sebelum ini…

Malah, netizen juga secara tidak langsung turut mendapat inspirasi membuat bucket wish mereka sendiri untuk mengembara ke seluruh 500 negara di dunia ini jika keadaan kembali pulih seperti sedia kala, selepas ini.

Sumber : lobakmerah