Bapa buang malu bayar harga telefon bimbit anak guna duit syiling

Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Sebab itu, mereka tidak kisah membanting tulang untuk mencari rezeki demi kebahagian cahaya mata.

Namun begitu, bukan semua ibu bapa ditakdirkan hidup dalam kemewahan dan mampu untuk memberi apa sahaja kepada anak-anak dengan mudah. Ada yang terpaksa berjimat serta berhutang bagi merealisasikan impian polos zuriat mereka.

Kisah bapa yang begitu menyentuh hati
Menerusi satu perkongsian yang diperoleh di laman sosial Twitter, seorang pemuda dikenali sebagai IzwanHS telah memuat naik satu gambar seorang lelaki menyusun duit syiling di kedai telekomunikasi kerana ingin membeli telefon bimbit untuk anaknya.

Walaupun kejadian itu berlaku di Filipina, namun ia tetap memberi kesan kepada setiap lapis masyarakat mengenai pengorbanan seorang bapa.

Susun duit syiling atas kaunter bayaran
Di Filipina, sebuah portal telah menjelaskan bahawa lelaki tersebut menyusun syiling di kaunter bayaran kedai telekomunikasi bagi membayar harga telefon untuk anak lelakinya.

Kegigihan dan pengorbanan lelaki tersebut turut dikongsikan di Instagram seorang pengguna tempatan yang bernama hashtag_mccoydl sehingga tular di media sosial seluruh dunia.

Sanggup bekorban untuk anak
Hashtag_mccoydl telah menulis kapsyen yang menyatakan betapa dia begitu kagum dengan pengorbanan lelaki itu untuk anaknya dan berharap dapat bertemu lelaki itu pada masa akan datang.


Tolong hargai ayah kita
Menerusi perkongsian yang ditularkan di Twitter milik Izwan di Malaysia, rata-rata netizen telah menzahirkan pelbagai maklum balas. Rata-rata memberitahu bahawa anak kepada lelaki itu amat beruntung kerana mempunyai ayah yang sanggup bekorban demi kebahagiaan dirinya.

Artikel Berkaitan   20 Dosa Isteri Terhadap Suami yang Membuatkan Isteri Dibakar Allah di Neraka!