Bapa Datang Ziarah Ke Rumah Baru Sedar Kehadirannya Untuk Menjemput Mayat Anak Yang Mati Tergantung

SUNGAI PETANI: Seorang bapa terkejut menemui mayat anaknya yang tergantung di kipas ruang tamu selepas berulang kali mengetuk pintu rumah di Taman Seri Jenaris, Tikam Batu, Sungai Petani kira-kira jam 10 pagi Sabtu.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah, bapa mangsa terus membuat laporan polis sejurus melihat kejadian tersebut.

Katanya, hasil siasatan polis mendapati mangsa menghadapi kemurungan selepas bercerai dengan isterinya pada tahun lepas.

Jelasnya, mangsa berusia 39 tahun itu merupakan seorang bekas anggota tentera yang berkhidmat di Kuantan dan telah berhenti perkhidmatan sejak lima tahun lepas.

Siasatan awal tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

kredit astro awani

Artikel Berkaitan   Tahi Cicak Bersepah Dekat Tepi Tinggal, Gunakan 3 Bahan Ini, Selesai Masalah!