Bapa Rogol Anak Sendiri, Isteri Rasa Tak Sedap Hati Pasang CCTV Alangkah Terkejutnya

TANJUNG MALIM: Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai merogol anak kandungnya yang juga orang kurang upaya (OKU) di kediaman mereka di Behrang Stesen di sini, sejak Mac lalu.

Perbuatan lelaki berusia 44 tahun itu disedari isterinya yang melihat rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang tanpa pengetahuan suspek.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, siasatan mendapati kejadian terbaharu berlaku pada awal bulan ini.

“Perbuatan suspek telah dirakam menerusi CCTV yang dipasang oleh ibu mangsa setelah mengesyaki sesuatu yang tidak baik dilakukan suaminya,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau berkata, mangsa berusia 21 tahun mengalami masalah pendengaran. Menurutnya, suspek ditahan oleh pasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim pada jam 12.30 tengah malam tadi.

Katanya, suspek direman enam hari dan kes disiasat  mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 30 tahun penjara dan sebatan.

kredit astro awani

Artikel Berkaitan   Ramai Yang “Cair” Lihat Hannah Delisha Semakin Cantik Menutup Aurat, Empunya Badan Dedah Bila Hidayah Mula “Mengetuk”