Gadis Jual ‘Teh Ais Pyorr’ Tular Di Media Sosial Kerana Terlalu Peramah, Ramai Yang Terpikat!
Pengunjung Bazar Ramadan di pekarangan Stadium Darul Aman, Alor Setar pasti tertarik dengan keramahan seorang gadis mempromosikan teh ais di gerainya.
Sudah pasti pengunjung yang datang ke bazar itu nak berjumpa dengan gadis ‘mulut manis’ ini yang kini menjadi perhatian ramai dan tular di media sosial.
Dengan hanya ‘bermodalkan’ ayat-ayat manis, Sharifah Nazirah Sayed Jamaludin, 18 tahun dapat menjadikan Teh Ais gerai milik bapa saudaranya terjual 1,500 bungkus setiap hari.
“Abang handsome, kakak lawa macam Neelofa itu jemput singgah beli teh ais di sini, satu RM3 sahaja,”
Ternyata dengan cara berkenaan dapat membawa keuntungan kepada perniagaannya itu. Dia sendiri juga tidak menyangka keramahannya menjadi perhatian dan popular sekelip mata.
Aksi bersahaja Sharifah Nazirah turut dirakam dan dimuat naik ke laman Facebook oleh pelanggan menyebabkan ia tular di media sosial.
Menurut bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Cochrane, dia sememangnya seorang yang sangat ramah sejak dulu lagi.
Bakal menuntut dalam bidang Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Kuantan, Nazirah berniaga bagi menambah pendapatan untuk melanjutkan pelajaran, dalam masa sama membantu bapa saudaranya.
Tapi rasanya ramai yang nak melihat gadis ini bukan saja sebab bermulut manis, tapi orangnya pun cantik menawan.
Sumber: Ohhangat.com.my