Baru Dua Jam Sekolah Dibuka Dah Kena Tutup Balik. Najib Razak Naik Angin Dan Ini Komen Beliau

PASIR GUDANG: Puluhan pelajar di beberapa sekolah sekitar kawasan ini terjejas dipercayai akibat pencemaran udara selepas kira-kira dua jam sekolah dibuka, pagi tadi.

Tinjauan BH mendapati Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort antara yang terawal terjejas apabila dua pelajarnya mengalami simptom munt4h dan ses4k nafas kira-kira jam 10.30 pagi.

Selain itu, Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Pasir Putih pula mencatatkan 19 murid mengalami simptom sama sebelum ibu bapa diarah membawa pulang murid terjejas.

Tinjauan di SK Kopok pula mendapati 32 murid dan dua guru terjejas dengan simptom sama.

Beberapa murid sekolah itu dilihat munt4h dan lemah, sebelum dihantar dengan ambulans Kementerian Kesihatan dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ke Klinik Kesihatan Masai untuk rawatan lanjut.

Pengarah Kesihatan Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz, yang kebetulan melakukan tinjauan di SK Kopok dilihat turut membantu memberi rawatan awal kepada murid yang terjejas.

Difahamkan, kebanyakan m4ngsa terjejas adalah pelajar yang mengalami simptom sama akibat pencemaran udara sejak minggu lalu.

Seorang ibu, Siti Zuraidah Rozali, 40, berkata beliau bergegas menjemput anaknya, Mohd Haikal Mohd Hanif, 12, di SK Pasir Putih, selepas diarahkan pihak sekolah.

“Anak saya dalam keadaan sihat dan gembira kembali ke sekolah, pagi tadi, sebelum dimaklumkan mengalami sesak n4fas serta lemah.

“Ini adalah kali kedua anak saya menjadi mangsa pencemaran udara selepas terpaksa dikejarkan ke Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) bagi mendapatkan rawatan awal pada minggu lalu, ” katanya.

Dalam pada itu bekas perdana menteri Dato Seri Najib Razak meluahkan kekecewaannya dia lama sosial facebook beliau.
Image result for najib razak

Artikel Berkaitan   Respon Emma Maembong Apabila Dia Dikatakan Makan Di Sekitar Kelab Malam

Ini tak boleh dimaafkan.Rakyat wajib mar4h.Bulan Mac, ribuan mangsa di Pasir Gudang memerlukan rawatan akibat terkena pencemaran gas toksik.

Ratusan sekolah ditutup.Selepas hampir dua minggu, menteri-menteri PH memberi jaminan bahawa segala pencemaran telah dibersihkan dengan sepenuhnya.

Jamin sudah 100% selamat.Tiga bulan kemudian, berlaku lagi.Murid-murid sekolah terdedah lagi kepada gas toksik sehingga memerlukan rawatan kecemasan.

Sekali lagi, ratusan sekolah diarahkan untuk tutup.Dan hari ini pula…Baru 2 jam sekolah dibuka semula. dah ada ramai murid yang ses4k naf4s dan perlukan rawatan kecemasan..

Berlaku di depan-depan mata wartawan-wartawan yang membuat liputan pembukaan semula sekolah!Apa punya bang4ng kerajaan PH ini?Sembilan tahun saya jadi PM, insiden seperti ini tak pernah berlaku sekalipun.

PH ambil alih setahun sahaja dah 3 kali berlaku.G4gal lagi dan lagi dan lagi.Buat kerja cinc4i dan menggadaikan ny4wa ribuan murid-murid sekolah dan Rakyat.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Menteri Alam Sekitar PH yang pernah memberi jaminan bahawa Pasir Gudang sudah selamat patut bertanggung jawab.

Letaklah jawatan.Jangan menyusahkan Rakyat lagi.