Baru lepas teman isteri bersalin, suami terus menggatal dengan ‘nurse’ di hospital!

Sekarang ni, macam-macam kisah mengenai kes curang, rampas suami orang ataupun pasangan orang lain. Akhirnya ‘masjid’ yang dibina sekian lama berakhir dengan penceraian.


Seorang pelatih di wad bersalin membuat pengakuan mengejut di laman Twitter dimana dia telah digoda oleh suami pesakit di situ.

Kemain eh! Menyempat…
Gadis itu menyatakan perkara tersebut berlaku sejurus isteri lelaki terbabit melahirkan anak mereka. Setelah keluar saja dari bilik bersalin, lelaki berkenaan terus meminta nombor telefonnya tanpa rasa bersalah!

“I saw your baby coming out from your wife and you were there the whole time and you have the audacity to ask for my number after all that ? Men are trash,” tulisnya.

Ramai yang bersimpati…
Kebanyakkan netizen bersimpati terhadap si isteri lelaki berkenaan. Sudahlah baru lepas bersalin, suami pula ‘buat hal’ dalam masa yang sama.

Buat lelaki di luar sana, mohon supaya jangan lakukan perkara macam ini. Lebih baik hargai isteri yang depan mata kerana dia lebih banyak berkorban!