Baru Mahu Menarik Nafas Lega Covid19 Akan Berakhir, Hampir Seluruh Lembah Klang Dilanda Denggi

Tatkala wabak COVID-19 sudah semakin beransur pulih dengan hanya satu digit kes baru direkodkan semalam, berbeza pula dengan kes demam denggi di Lembah Klang.

Menurut Public Health Malaysia, peta denggi menunjukkan hampir semua kawasan di Kuala Lumpur dan daerah di Selangor dibanjiri dengan kes denggi.

Hasil tinjauan dilaman web idenggi, setakat 8 Jun 2020, Selangor telah mencatatkan kes denggi tertinggi iaitu 27,737 kes dengan kes kematian akibat denggi sebanyak 28 kes.

Malah, KKM  turut menjangkakan berlaku peningkatan kes denggi gelombang kedua bermula awal Jun sehingga September 2020.

Justeru, orang awam dinasihatkan agar memantau tempat-tempat yang berisiko menjadi lokasi pembiakan nyamuk Aedes di rumah dan juga pejabat. Jangan jadikan anda atau keluarga anda sebagai mangsa demam denggi.

Tatkala kita melihat kes COVID-19 telah turun kepada satu digit kes hari ini, kes denggi melihatkan peningkatan…

Posted by Public Health Malaysia on Isnin, 8 Jun 2020

kredit era