Baru ‘modified’ motor Ysuku, Shuib saja bakar line buat video khas tuju pada Zizan

Kalau sebelum ini habis motorsikal Ysuku pelawak Shuib dibahan teruk gara-gara isterinya, Siti Sarah menghiasnya dengan bunga-bungaan.

Namun baru-baru ini menerusi perkongsian di Instagram, nampaknya Shuib kini sudah mampu berbangga menayang motorsikal Ysuku kerana seluruh cover set sudah ditukar baru.

Tetap selit bunga rose merah
Setelah sekian menunggu motorsikal diubahsuai, siap juga akhirnya. Memang nampak bergaya sungguh malah diselitkan juga eleman bunga rose berwarna merah.

Siap menunjuk dekat Zizan lagi
Cukup berpuas hati dengan ubah suai yang dibuat dengan motorsikalnya, Shuib baru-baru ini telah membuat satu video khas ditujukan khas untuk Zizan Razak, yang sebelum ini paling suka membahannya.

Dah modified baru mencanak meter
Inilah antara reaksi netizen melihat motorsikal yang telah siap diubah suai, malah ada juga tidak sabar menantikan maklum balas daripada Zizan pula.

Artikel Berkaitan   Pemuda Biada4p Dengan Institusi Diraja Tampil Mohon Maaf