“Bawang Putih Dan Bawang Merah” Bertemu Semula. Masih Cantik Lagi, Bila Diusik Sinetron Itu Disambung, Masing-Masing Tidak Sanggup Menontonnya. Haha

Pernahkah anda menonton sinetron dari negara jiran bertajuk ‘Bawang Putih Bawang Merah’?

Ya, cerita yang penuh dengan konflik ini tidak dapat dipastikan mencecah berapa ribu episode pernah menjadi ikutan ramai suatu ketika dahulu.

Watak utama yang menjadi perhatian dalam sinetron ini sudah semestinya Revalina S Temat dan juga Nia Ramadhani.

Meskipun sudah tamat siarannya pada 2006, kedua-dua selebriti ini masih menjadi perhatian ramai dan dilihat telah bertemu semula selepas 15 tahun. Mereka berdua juga telah selamat mendirikan rumah tangga serta bergelar ibu kepada cahaya mata masing-masing.

Rata-rata komen daripada netizen memuji kecantikkan kedua-dua pelakon ini namun tidak sanggup untuk menonton sekuel drama itu seandainya ia diterbitkan semula kerana episodnya yang terlalu banyak. Haha!

Sumber: Erin Sakura

Artikel Berkaitan   Selepas Beberapa Hari Menutup Twitter, Netizen Merayu Akhirnya Permaisuri Agong Buka Mulut Punca Penutupan