“Bayi Masih Bertali Pusat Ditinggalkan Di Surau, CCTV Dapat Kesan Wajah Orang Yang Membuangnya”

BAYI lelaki dipercayai baru dilahirkan ditemui ditinggalkan berhampiran sebuah surau di Kampung Meribut, Jitra, semalam.

Bayi masih bertali pusat ditemui jemaah surau dalam keadaan berbalut kain batik jam 7.15 malam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd Ismail Ibrahim berkata, anggota Balai Polis Kodiang menerima panggilan jam 7.55 malam daripada seorang lelaki memaklumkan menemui bayi lelaki.

Menurutnya, anggota polis kemudian segera ke lokasi dan mendapati bayi berkenaan masih bertali pusat dan sihat.

“Bayi itu ditemui seorang lelaki ketika menuju ke surau untuk menunaikan solat Maghrib,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, bayi lelaki itu dibawa ke klinik kesihatan di Kodiang untuk pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mengesahkan bayi seberat 3.42 kilogram dipercayai dilahirkan sekitar jam 7 malam hari sama.

“Bayi itu kini ditempatkan di Hospital Jitra untuk tindakan lanjut,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut mendapati kawasan surau tidak mempunyai kamera rakaman litar tertutup (CCTV) dan usaha mengesan individu yang membuang bayi terbabit sedang dijalankan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan   2 Ekor Anjing Ini Mengundang Ketawa Netizen Dalam Kejadian Bertukar Menjadi Hijau