Bayi Sering Menangis Bukan Sebab Lapar Nak Susu Tapi Gangguan Makhluk Halus. Apa Perlu Anda Lakukan?

Setiap bayi yang baru lahir akan menangis secara purata dua jam setiap hari. Ada pelbagai sebab yang menyebabkan bayi itu menangis antaranya adalah mereka lapar, letih, mengantuk, kurang selesa kerana lampin basah dan merasa sejuk atau panas.

Pernah tak alami anak menangis lebih dari tiga jam sehari, sekurang-kurangnya tiga hari dalam seminggu selama tiga minggu?

Bayi pula selalunya anak menangis berlebihan terutama pada waktu petang dan malam, sehingga kita menyangka ada gangguan makhluk halus.

Mungkin benar ada gangguan seperti itu.

Mak mertua dan ipar selalu menyangka kita tidak memberikan susu yang cukup pada bayi kita. Memaksa kita memberikan lebih banyak susu pada hal bayi kita tidak lapar. Kita tahu anak kita sendiri.

Pada hal ia hanya disebabkan oleh masalah dinamakan “infantile colic”. Para doktor mengatakan ia disebabkan masalah ketidakhadaman, angin atau usus yang terlalu sensitif kepada protein tertentu yang terkandung di dalam susu formula atau susu ibu.

Selalunya ia bermula ketika bayi berusia dua minggu dan memuncak ketika bayi berusia enam minggu. Kadangkala keadaan ini boleh berlarutan sehingga bayi berusia enam bulan. Anak tidak lagi mengalami masalah ini apabila bayi usia tiga atau empat bulan.

Ketika bayi menangis, tangan bayi tergenggam erat, kaki mengerekot, badan berpeluh-peluh serta muka bertukar kemerah-merahan seolah-olah mereka di dalam kesakitan yang amat sangat

Ia juga boleh menyebabkan perut bayi menjadi kembung kerana tertelan angin akibat menangis terlalu lama yang boleh menyebabkan bayi menjadi tidak selesa.

Namun jangan pandang ringan terhadap masalah ini. Bayi yang mengalami masalah colic sepatutnya kelihatan sihat dan mempunyai peningkatan berat badan yang baik.

Jika jika tangisan kuat ini berserta dengan demam, sukar bernafas, sawan, muka kelihatan pucat atau biru, tidak menyusu dengan baik dan muntah yang berterusan atau berak berdarah, ia bukanlah masalah yang biasa.

Jika ada masalah seperti ini, saya mencadangkan agar urut lembut anak pada abdomen, belakang dan anggota tangan dan kakinya menggunakan minyak kelapa dara.

Bawa untuk pemeriksaan doktor jika keadaan ini berulang bagi membezakan keadaan ini dengan keadaan yang lebih berbahaya.

Semoga bermanfaat.

(Visited 83 times, 1 visits today)