Bekas Perdana Menteri Autralia Dedah Malaysia Tahu Hal Sebenar MH370 Tapi Senyap, Dakwaan Ini Sangat Keterlaluan! Ia Menghina Waris Juruterbang

Tony Abbott, bekas Perdana Menteri Australia harini menjadi topik hangat di serata dunia, selepas mendakwa kerajaan Malaysia sedari awal tragedi kehilangan kapal terbang MH370 sudah mempercayai ia adalah satu plot bunuh diri.

Memetik Malaysiakini yang memetik The Australian, pendedahan “tahap tertinggi” itu dilakukan Abbott dalam satu dokumentari, MH370: The Untold Story yang bakal ditayangkan di sana minggu ini.

Menurutnya, sewaktu dua minggu pertama kes berkenaan terjadi adalah sangat jelas buat dirinya, bahawa pesawat itu hampir pasti sengaja dijatuhkan oleh juruterbang, Kapten Zaharie Ahmad Shah; satu ‘tuduhan’ yang pastinya akan menjadi isu besar selepas hampir 6 tahun kehilangan pesawat berkenaan.

“Pemahaman saya – pemahaman yang sangat jelas – daripada peringkat tertinggi kerajaan Malaysia bahawa sejak awal-awal lagi mereka berpendapat ia adalah jenayah bunuh diri oleh juruterbang,” kata Abbott , yang menjawat jawatan perdana menteri Australia ketika kejadian itu berlaku

“Saya tidak akan mengatakan siapa kata kepada siapa. Tetapi saya menegaskan sekali lagi – Saya mahu sangat jelas – ia difahami di peringkat tertinggi bahawa ini adalah hampir pasti bunuh diri oleh juruterbang,” kata Abbott.

“Pembunuhan-bunuh diri besar-besaran oleh juruterbang,”

Kehilangan MH370, pesawat penumpang Boeing 777, yang hilang daripada radar pada 8 Mac 2014 ketika dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur membingungkan bukan sahaja masyarakat dunia malahan pakar penerbangan.

Misi mencari dan menyelamat pesawat dengan 238 orang di dalam kapal itu selepas beberapa ketika hanya berjaya menemukan tiga serpihan sayap, yang dikenali sebagai flaperon milik pesawat tersebut.

Pasukan Penyiasatan Keselamatan MH370, dalam laporan 449 mukasurat pada Julai 2018 , merumuskan bahawa pihak mereka tidak dapat menentukan punca sebenar kehilangan pesawat itu, tetapi tidak menolak kemungkinan bahawa ‘gangguan menyalahi undang-undang’ oleh pihak ketiga menyebabkan kejadian itu.

Artikel Berkaitan   Tersebar Video Pelajar Salam Pengawal Keselamatan Sebelum Masuk Sekolah, Ini Reaksi Lelaki Tersebut

VIA: MALAYSIAKINI