Beli Bunga Kantan 5 Bulan Lalu, Kini Masih Elok! Ni Triknya Ramai Tak Tahu

Sekali sekala kita terasa teringin untuk menyediakan laksa atau asam pedas untuk dijadikan menu santapan keluarga. Namun bila dicari bahan utamanya seperti bunga kantan, terasa sukar pula untuk mendapatkannnya. Pun begitu, jika ada sahaja ternampak di jual di pasar pagi, tidak pula teringin untuk membelinya.


Jadi apa cara terbaik yang boleh anda lakukan agar lebih memudahkan anda. Di sini ada petua atau trik yang boleh anda lakukan untuk pastikan bunga kantan dapat disimpan lebih lama dan kekal elok. Ikuti perkongsian ini.

Percaya tak kalau saya kata bunga kantan ni saya beli +-5 bulan lepas? Masih cantikkan?bunga kantan, simpan bunga kantan, cara simpan bunga kantan, bunga kantan buat laksa, bunga kantan tahan lama

Siapa pengemar laksa asam tu boleh le ikut petua saya ni. Saya beli bunga kantan ni masa harga dia murah dan musim bunga banyak.

Caranya:
1. Beli bunga kantan yang segar.

2. Kemudian masukan dalam plastik dan ikat kemas.

3. Simpan dalam frozen dan biarkan bunga kantan beku.

“Boleh tahan bebulan-bulan lamanya. Saya pernah buat sampai setahun lebih. Ada masa bunga kantan payah nak dapat (bukan musim) bolehlah ikut cara ni. Bila nak masak baru keluarkan”

Apa yang pasti ibu-ibu memang bijak mencari cara untuk memastikan bahan-bahan yang digunakan di dalam masakan dapat disimpan lama dan kekal segar. Antara cara paling popular dan mudah adalah dengan bekukan di dalam peti sejuk.

Selain bunga kantan, ibu-ibu juga sering lakukan perkara yang sama untuk bahan-bahan yang lainnya sebagaimana komen di bawah.

Pisang

“Sama jugak dengan pisang..beli dulu belum tau nak buat bila2 menu kegemaran..Bekukan..setahun pun tak per..nanti nak masak keluarkan..elok seperti baru.”- Irra Sharmiella.

“Saya pun buat macam ni jugak pada lengkuas, tahan lama,”- Cahaya Malaika Khaira

“Saya pun buat macam tu.. bukan bunga kantan ja macam-macam lagi boleh praktik macam tu.. serai.. daun kari.. daun limau purut dan banyak lagi. Semua saya bekukan.”-