Belum Lagi Reda Kematian Artis Korea Terkenal Sulli, Rakannya Pula Menyusul. Ini Posting Terakhir Goo Hara Untuk Peminatnya

SEOUL: Belum sampai dua bulan berita kematian Sulli menjadi bualan, terbaru salah seorang rakan baiknya iaitu Goo Hara disahkan meninggal dunia oleh pihak polis di daerah Gangnam, Seoul.

Menurut laporan polis, bekas ahli kumpulan idol perempuan Kara itu ditemui mati dalam kira-kira jam 6 petang waktu tempatan di rumahnya yang terletak di kejiranan Cheongdam, Gangnam.

Posting terakhir di Instagram

Walau bagaimanapun, polis kini sedang melakukan sisatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar kematian gadis berusia 28 tahun itu.

Menerusi laman Twitter, rata-rata peminat muzik Korea Selatan terkejut dengan berita kematian tersebut dan berharap semoga rohnya tenang.

 

Tak boleh percaya!

Semoga tenang di sana

Kamu sentiasa dalam ingatan

Enam bulan lalu, Goo Hara dikatakan cuba untuk membunuh diri dengan mencederakan dirinya namun berjaya diselamatkan oleh pihak polis.

 

Sumber : allkpop

Artikel Berkaitan   “Datang Ke Mahkamah Benda Yang Memenatkan, Jangan Ada Dendam Dan Marah Kerana Ia Akan Bawa Kita Ke Belakang”