Beratur nak beli kuah oden, bapa miskin buang rasa malu demi anak gadis biadap!

Sejak akhir-akhir ini, pelbagai makanan viral telah dimomokkan di media sosial. Baik makanan ataupun minuman, kedua-duannya telah menyebabkan orang ramai begitu ghairah untuk merasa sesuatu yang sedang digembar-gemburkan.

Oden pernah viral
Sebelum boba tea menjadi kegilaan anak-anak remaja pada masa sekarang, makanan ala-ala steamboat iaitu oden yang hanya diperoleh di kedai sebaneka Family Mart menjadi tular. Semua orang ingin mencuba menu tersebut.

Namun begitu, bukan semua orang bernasib baik untuk menikmati makanan tersebut. Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang pengguna telah menceritakan satu kisah sedih mengenai seorang bapa yang ingin membeli kuah oden untuk anak gadisnya.

Anak nak makan oden bapak tak ada duit
Pengguna Twitter yang dikenali sebagai Mak Jelita itu yang bekerja sebagai juruwang di kedai serbaneka tersebut telah memberitahu bahawa lelaki tersebut ingin membeli oden namun tidak berkemampuan. Namun begitu anak perempuannya begitu biadap dengan menghentak kali dan berlalu pergi apabila permintaannya tidak dihajati.

Ada akak belanja tapi pak cik tu dah malu sangat
Dia yang hanya ingin membeli kuah oden itu kerana tidak mampu membeli beserta isinya. Jadi, dia menggantikan oden tersebut dengan bebola ikan yang dibeli di pasar.

Sebahagian orang yang sudah beratur di kaunter begitu simpati dengan pak cik tersebut disamping geram dengan tindakan biadap anaknya.

Tunduk dan kesat air mata
Tanpa disangka, seorang wanita telah memotong barisan dan membelikan oden itu untuk pak cik tersebut. Malu dengan situasi yang dihadapi, pak cik itu hanya mampu tertunduk dan mengesat air mata mungkin kerana kesal dengan sikap anaknya.


Budak tu tak tahu ke bapak dia susah!
Perkongsian yang begitu menyentuh hati itu telah mendapat pelbagai maklum balas daripada pengguna Twitter. Rata-rata berasa geram dengan anak perempuan pak cik itu kerana tidak memahami kemelut kewangan keluarga.

Artikel Berkaitan   Zizi Kirana Minta Doakan Bertemu Jodoh Dengan Ustaz

Kecil2 tak nak dijemput Illahi!

Ada mak ayah baik tapi anak biadap

Sumber : Mak Jelita