Bercerai 23 Kali Dalam Tempoh Sebulan Demi Rumh Percuma, Polis Kesan Taktik Licik Keluarga Ini

BEIJING: Sebelas Cina bersaudara yang berkahwin sesama mereka sanggup bercerai 23 kali dalam tempoh sebulan demi untuk mendapatkan pangsapuri yang diberikan kerajaan, lapor media China.

Idea licik itu diperoleh selepas pegawai menawarkan pangsapuri seluas 40 meter persegi kepada penduduk yang rumahnya diambil kerajaan untuk projek pembangunan di wilayah timur Zhejiang.

Adegan itu bermula apabila seorang lelaki bernama Pan berkahwin semula dengan bekas isterinya Shi, menurut akhbar kendalian kerajaan Global Times.

Mereka berkahwin semula pada 6 Mac kerana Shi didaftarkan sebagai penduduk kampung tempatan sekaligus dia memerlukan dokumen sah kahwin untuk mendapat sebuah apartmen percuma.

Enam hari kemudian, mereka bercerai dan Shi ketika itu sudah memperoleh permit kediaman.

Pengalaman itu digunakan Pan untuk berkahwin dan bercerai dengan kakak ipar dan kakak kandungnya, dalam tempoh 15 hari.

Sementara itu, bekas isterinya, Shi menemui duda lain untuk dikahwininya.

Sepupu serta adik-beradik Pan dan Shi turut bercerai dan berkahwin sekaligus menyumbang kepada angka 23 itu, menurut Global Times.

Kes berkenaan masih disiasat polis.

Artikel Berkaitan   “Seolah-Olah Suara Meminta Tolong Dari Dalam Kubur” Wanita Terakam Suara Manusia Dari Kubur Tidak Sangka Ia Viral