
Hati siapa yang tidak tersentuh apabila melihat warga emas yang sudah lanjut usia masih lagi keluar mencari rezeki. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Namun hidup perlu diteruskan demi sesuap nasi.
Baru-baru ini, seorang doktor perubatan Dr Afiq Rahim berkongsi di laman Facebook mengenai seorang pakcik yang membonceng motosikal di tengah malam bersama cucu-cucunya.
Dr Afiq berkata, beliau terserempak dengan pakcik tersebut ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Ketika itu beliau sedang menunggu lampu merah di sebuah simpang empat sebelum ternampak orang tua berkenaan.
Menurut Dr Afiq, beliau sempat berbual dengan pakcik tersebut yang baru sahaja pulang mencari rezeki dibantu cucu-cucunya yang kelihatan sedang tidur keletihan.
Tambah Dr Afiq, beliau menghulurkan sejumlah wang untuk pakcik terbabit dan cucunya dengan niat bersedekah malah warga emas tersebut kelihatan sangat bersyukur dengan pemberian itu.
Tidak salah sekiranya menghulurkan sedikit bantuan untuk golongan yang memerlukan. Semoga Allah dapat membalas jasa doktor tersebut dan terus dimurahkan rezeki.
Sumber : Dr Afiq Rahim