Bergema Takbir! Wanita Cina Peluk Islam Buatkan Satu Dewan Menangis 😭😭😭

Johor – Seorang wanita berbangsa Cina menyentuh hati netizen apabila telah mengucap dua kalimah syahadah ketika berada dalam sebuah majlis ilmu.


Majlis ilmu tersebut yang berlangsung di Dewan Serbaguna Taman Cahaya Masai, Johor telah dianjurkan oleh penceramah bebas, Ebit Lew yang terkenal kerana sering menyentuh hati pendengar mengenai kupasan ilmunya.

Namun bukan mudah bagi seseorang itu untuk mengubah kepercayaan mereka terhadap sesuatu agama yang sememangnya telah dianuti sejak dari lahir tetapi baru-baru ini seorang wanita berbangsa Cina telah mendapat hidayah untuk melafazkan dua kalimah syahadah.

β€œSebak tadi wanita chinese cantik manis baik sangat orangnya memeluk Islam. Walau belum Islam dia hadir ceramah saya. Peminat saya dan ingin dengar ceramah dan berjumpa,” kata Ebit Lew melalui postingnya.

Posting beliau tersebut telah menerima pelbagai komen netizen dan rata-rata mereka turut meluahkan perasaan sebak dengan pengislaman itu selain memberikan kata-kata semangat kepada wanita terbabit.

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah dan seseorang individu itu boleh berubah dalam pelbagai cara tanpa mengira usia, agama atau tempat sekiranya memang sudah ditakdirkan untuk menerima petunjuk dari Allah. – Kredit :Β Ebit Lew

Wanita Cina Peluk Islam Buatkan Satu Dewan menangis 😭😭😭

Wanita Cina Peluk Islam Buatkan Satu Dewan menangis 😭😭😭

Posted by Online News Video on Saturday, 26 October 2019