Beri Kejutan Lagi Mudahkan Rezeki Orang, Menteri Wilayah Turun Padang Serah Sendiri Lessen Kepada Penjaja Kecil

Kerap menjadi perbualan di kalangan penjaga dan peniaga di ibu kota, Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa sekali lagi menjadi perhatian selepas turun melawat penjaja di Setapak, Kuala Lumpur

Yang menariknya, kedatangan Annuar Musa kesana adalah untuk menyampaikan sendiri lesen perniagaan kepada 97 penjaja yang berada di kawasan tersebut.

Perkara ini dikongsikan Menteri Wilayah di laman Faceboknya yang turut dikongsikan oleh penceramah bebas, Ustaz Abdullah Khairi.

“Pagi tadi saya berjalan Di Setapak Indah dan 97 penjaja tak berlesen saya berikan lesen tanpa orang tengah”

Annuar Musa dalam masa sama turut mengucapkan tahniah kepada mereka yang berjaya mendapat lesen tersebut dan mendoakan agar perniagaan mereka diberkati oleh Allah S.W.T

“Tahniah dan berusahalah … insyaallah di berkati Allah SWT ” tulis nya sebagai kapsyen.

Perkongsian itu nyata mengembirakan orang ramai malah rata-ratanya memuji usaha dan inisiatif yang telah dilakukan beliau semenjak memegang jawatan tersebut.

Malah Ustaz Khairi menerusi posting di Facebooknya turut memuji usaha tersebut kerana memberikan alternatif kepada peniaga untuk mencari rezeki

“Kerja yg betul! Bukan tangkap dan rampas. Beri alternatif untuk mereka cari makan. Jika dah beri (namun) tak ikut SOP yang di tetapkan baru ambil tindakan! ” tulis Ustaz Khairi

kredit buzzkini

Artikel Berkaitan   “Saya Dah Buat Aduan Kepada Pihak Bertanggungjawab, Saya Ni Ibarat Tinggal Dalam Pulau”