Berimej Muslimah, Nampak Berpakaian Tapi Macam Berb*Gel, Sherry Ibrahim Dikecam Netizen

Seolah-olah ‘berbogel’. Itulah kecaman yang diterima oleh pelakon Sherry Ibrahim di laman Instagramnya selepas memuat naik foto memaparkan dirinya memakai seluar sukan berwarna ‘nude’.

Gambar tersebut mendapat kritikan hebat daripada netizen, kerana menyifatkan seluar getat yang seakan-akan warna kulit tidak sesuai dengan imejnya sebagai wanita bertudung.

Menerusi komen yang sempat diambil, sebelum pelakon tersebut menutup ruangan komen, beberapa netizen menasihati agar Sherry berpakain bersesuain dengan imej Muslimah dan tidak memakai pakaian yang mengundang fitnah.