Berita Baik!! Alibaba Group, pembekal tempatan kerjasama eksport Musang King

GAMBAR HIASAN

Alibaba Group, pembekal tempatan kerjasama eksport Musang King

KUALA LUMPUR: Syarikat gergasi e-dagang China, Alibaba Group, menjalin kerjasama strategik dengan pembekal durian tempatan bagi pengeksportan Musang King beku ke China.

Platform beli-belah dalam talian Alibaba, Tmall, bersama dengan pembekal makanan segarnya, Win-Chain, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan BEHO Fresh Sdn Bhd dari Malaysia, dan China Certification & Inspection Group Malaysia (CCIC), untuk inisiatif itu.

“Perjanjian itu menunjukkan usaha Alibaba untuk memanfaatkan kuasa e-dagang dan ekosistemnya yang dinamik untuk menyumbang kepada pertumbuhan eksport pertanian Malaysia,” katanya.

Alibaba berkata, di bawah kerjasama strategik itu, pembekal durian BEHO Fresh, akan membekalkan durian Musang King beku kepada Win-Chain untuk pengedaran di Tmall dan pasaran runcit China lain yang dimiliki oleh Alibaba.

Sementara itu, katanya CCIC, syarikat pemeriksaan bebas yang ditauliahkan oleh Penyelia Kualiti Pentadbiran Negeri China, Pemeriksaan & Kuarantin dan Pentadbiran Pensijilan & Akreditasi China, akan menyediakan perkhidmatan pemeriksaan kebolehpercayaan produk untuk memastikan buah-buahan yang dibekalkan kepada Win-Chain memenuhi standard kawalan kualiti negara. – BERNAMA

(Visited 29 times, 1 visits today)