Berlindung Di Balik Tudung, Wanita Ini Bawa Dadah RM20,000 Dadah Dengan Motosikal Tanpa Rasa Bersalah

LANGKAWI – Seorang wanita berputih mata apabila ditahan selepas kegiatannya mengedar dadah dihidu polis.

Ketua Polis Langkawi, Superintendan Mohd Iqbal Ibrahim berkata, polis menahan suspek berusia 35 tahun itu kira-kira jam 4.10 petang semalam di tepi Jalan Bukit Benggali Mukim Kuah Langkawi.

Menurutnya, suspek ketika itu sedang menunggang motosikal membawa lapan peket plastik lut sinar mengandungi serbuk ketulan keputihan disyaki dadah.

“Selepas pemeriksaan menemukan dadah disyaki heroin dianggarkan seberat 458 gram (g).

“Turut ditemui dua paket plastik lut sinar mengandungi serbuk ketulan kristal disyaki dadah syabu 13.04g yang dianggarkan bernilai RM20,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, suspek yang memiliki rekod lampau memiliki dadah ditangkap di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan 39A(1)ADB 1952 dan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Artikel Berkaitan   Penduduk Terkejut Lelaki Ini Keluar Kereta Tiba-Tiba Rebah Dan Tidak Sedarkan Diri