Bermula Di Pentas Hiburan, Akhirnya Syamsul Ghau Ghau Bergelar Penceramah Bebas Di Negeri Ini, Inilah Komen Netizen

Mencipta nama daripada rancangan pencarian bakat Sinaran Pasport Kegemilangan, nama Shamsul Ghau Ghau mulai dikenali dan semakin kukuh dalam industri sebagai pelawak, pelakon dan juga pengacara.

Hampir bertahun-tahun hidup dalam dunia glamour, Shamsul telah mengambil langkah mendekatkan diri kepada agama dan kini sudahpun bergelar seorang pendakwah.

Bebas berceramah

Tidak malu mengakui masih lagi belajar dan mendalami ilmu agama, Shamsul Ghau Ghau atau kini mesra di sapa Pak Su telah berjaya memperoleh kad pemegang tauliah untuk berdakwah oleh Majlis Agama Islam Selangor.

Dia telah memuat naik kad identitinya di ruangan Instagram dan menyertakan sekali kapsyen ucapan terima kasih kepada semua guru dan tenaga pengajar yang telah mendidiknya.

Terus istiqomah

Rata-rata teman rapatnya dan juga para peminat telah mengucapkan syukur diatas pentauliahan Shamsul sebagai pendakwah. Mereka juga turut menurunkan komen-komen yang positif di ruangan komen artis lelaki ini.

Tahniah, semoga semuanya lancar

Lama tak tengok nama betul

Sumber : Shamsul Ghau Ghau

Artikel Berkaitan   “Saya Sedih Dan Terkejut, Memang Tak Sangka, Kali Terakhir Kami Berjumpa Saya Nampak Dia Kelihatan Murung Dan Sering Jatuh Bila Berdiri”