Bersalin di hospital kerajaan, Che Puan Khaleeda dapat pujian rakyat

Berita mengenai Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menyambut keputeraan putera kedua memenuhi laman media sosial awal pagi tadi.

Terbaru, isterinya Che Puan Khaleeda Bustamam yang bersalin di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru sudah dibenarkan pulang ke kediaman bagi menjalani sesi berpantang.

View this post on Instagram

Alhamdullillah

A post shared by HRH Crown Prince of Johor (@hrhcrownprinceofjohor) on

Menerusi laman Instagram, Che Puan Khaleeda menzahirkan ucapan terima kasih kepada doktor dan kakitangan hospital yang terlibat dalam melancarkan proses kelahiran tersebut.

“Thank you to all the staff at HSA, my amazing obstetrician Dr Ravi, the paediatricians, my incredible doula and everyone who was involved,” katanya.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir netizen memuji tindakan pasangan diraja berkenaan yang memilih untuk bersalin di hospital kerajaan berbanding di swasta bagi melahirkan cahaya ketiga itu.

Artikel Berkaitan   (Video) Penunggang motosikal maut dilanggar lari